Selamat datang ke Financial Faiz - saluran yang memudahkan topik kewangan untuk semua rakyat Malaysia. Kami bawakan video pendek dan panjang tentang duit gaji, simpanan, pelaburan, hutang, cukai, rumah, kereta dan isu semasa yang melibatkan kewangan anda. Misi kami jelas: bantu anda buat keputusan kewangan yang lebih bijak dan faham apa yang berlaku dalam ekonomi dengan bahasa mudah, gaya santai dan terus terang. Kami tak jual produk, tak sembang kosong - cuma ilmu dan info yang relevan. Sesuai untuk anak muda, pekerja, usahawan dan sesiapa yang nak ubah hidup melalui pemahaman kewangan. Subscribe sekarang dan jadikan celik kewangan sebagai lifestyle anda.
business@financialfaiz.com
FF Studios Sdn. Bhd.
(202201021761)
Financial Faiz
[S03:E60] Tips kahwin Gen Z: Tak perlu 'personal loan' untuk gah! - Hajjah Rohani, Pakar Kewangan
Ramadan sepatutnya jadi bulan mendidik nafsu, tapi kenapa RM18 bilion pula yang "terbang"?
Dalam video kali ini, Puan Hajjah Rohani Dato' Muhammad Syahir (Pakar Kewangan & Pengerusi Khatijah International Waqf) membongkar rahsia pengurusan kewangan Islam yang sebenar. Beliau memperkenalkan konsep Kubah Kehidupan—di mana pengakhiran perjalanan duit kita bukan pada harta, tapi pada keberkatan dan amal jariah.
7 hours ago | [YT] | 4
View 0 replies
Financial Faiz
Be$MART Financial Literacy 2026, PSA, Politeknik Shah Alam
Minggu lalu, Program Be$MART Financial Literacy 2026 hasil kerjasama bersama @cimbfoundation telah berjaya dianjurkan di PSA, Politeknik Shah Alam.
Program ini menerima sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran seramai 370 pelajar PSA serta maklum balas yang sangat positif sepanjang sesi berlangsung.
Dalam sesi tersebut, Dr. Hanafee, CEO MHZ Ingenious, Muhamad Hamizan Saronan, Team Sales Manager, Personal Financing Acquisition, serta Yong Kok Loong, Zone Manager, Personal Financing Acquisition turut hadir sebagai tetamu podcast untuk berkongsi pandangan dan memberi pendedahan mengenai kewangan dan kerjaya.
#financialfaiz #cimbfoundation #cimbbesmart26 #cimbbesmartsselangor
4 days ago | [YT] | 51
View 0 replies
Financial Faiz
[S03:E59] Emas vs ASB vs KWSP: Mana satu pelaburan terbaik? - Dr Hanafee, CEO, MHZ Ingenious
"Dah habis belajar, tapi risau tak dapat kerja ikut bidang? Atau pening tengok kawan-kawan dah mula buat ASB Financing tapi kita tak tahu apa-apa?"
Dalam episod podcast kali ini, kami bawakan barisan panelis hebat termasuk Financial Faiz dan pakar dari CIMB Bank untuk kupas tuntas tentang hala tuju kerjaya dan kenapa 'sejarah hutang' itu penting untuk masa depan anda. Jangan sampai dah nak beli rumah nanti, baru tahu rekod CCRIS kosong!
4 days ago | [YT] | 8
View 1 reply
Financial Faiz
[S03:E58] MyDigital ID: Penyelamat daripada kena scam? - Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi, Economist
Dalam episod kali ini, kita pecahkan segala keraguan pasal MyDigital ID.
Adakah ini cara Bank Negara nak kawal ketirisan data, atau adakah kita sebenarnya sedang membuka pintu kepada risiko keselamatan yang lebih besar?
Bersama pakar ekonomi, Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi, kita bincang kenapa industri perbankan Malaysia bakal berubah 180 darjah.
Jangan sampai dah kena 'scam' baru nak ambil tahu!"
6 days ago | [YT] | 9
View 0 replies
Financial Faiz
[S03:E57] RM54 Bilion hilang, kenapa orang pandai paling senang kena scam? - ASP Rahmat, Consultant
Tahukah anda pada tahun 2024 sahaja, Malaysia kerugian RM54 bilion akibat penipuan siber?
Yang paling mengejutkan, 82% daripada mangsa bukanlah orang kampung, tetapi individu celik IT, profesional, dan berpendidikan tinggi.
Kenapa kepintaran teknologi gagal melindungi kita?
ASP Rahmat mendedahkan bahawa ego sering menjadi pintu belakang yang digunakan scammer untuk memanipulasi psikologi mangsa.
1 week ago (edited) | [YT] | 27
View 2 replies
Financial Faiz
We are looking for an academically inclined individual to support research and content development across finance, economics, and consumer-related topics, both local and global.
This role suits someone who enjoys reading research, engaging in critical discussion, and translating complex ideas into clear, accessible content. A background as a research analyst, economist, or in academia is highly relevant.
If you are intellectually curious and able to challenge ideas constructively, we encourage you to apply.
📍 EmHub, Kota Damansara
📧 Send your profile to jobs@financialfaiz.com
#financialfaiz #job #researcher #writing #podcast
1 week ago | [YT] | 85
View 4 replies
Financial Faiz
[S03:E56] Bagaimana harta pusaka boleh jadi ‘harta puaka’ - Suzana Hj Ali, Islamic Financial Planner
Adakah harta yang anda kumpul hari ini bakal menjadi ‘Harta Puaka’ yang menghancurkan silaturahim keluarga nanti?
Ramai yang sibuk cari duit, tapi lupa perancangan harta pusaka boleh memakan masa sehingga 18 tahun jika tiada ilmu.
Lebih menakutkan, kegagalan mengurus hutang bukan sahaja memufliskan anda di dunia, malah membiarkan roh terawang-awang di akhirat.
2 weeks ago (edited) | [YT] | 20
View 0 replies
Financial Faiz
Verification post for Upscrolled team reference
I am Faiz Azmi, founder of Financial Faiz. The handle @financialfaiz on Upscrolled is NOT mine
I request the handover of @financialfaiz to prevent impersonation
2 weeks ago (edited) | [YT] | 23
View 0 replies
Financial Faiz
Be$MART Financial Literacy 2026, Politeknik Muadzam Shah, Pahang.
Pada 24 Januari 2026 lepas, Be$MART Financial Literacy telah diadakan di Politeknik Muadzam Shah di Pahang.
Program ini merupakan kerjasama bersama @cimbfoundation untuk menyediakan ilmu kewangan asas kepada golongan belia sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Dalam sesi ini, Puan @suzana_hj_ali_ifp turut bagi sesi podcast memberi nasihat kepada pelajar-pelajar Politeknik Muadzam Shah, Pahang.
#financialfaiz #cimbfoundation #cimbbesmart26 #cimbbesmartpahang
2 weeks ago | [YT] | 64
View 0 replies
Financial Faiz
Anda pernah tak rasa 'anxiety' bila member post gambar kereta baru kat IG? Tiba-tiba rasa stereng Myvi tu macam tak cukup 'status'.
Kejayaan anda bukan ditentukan oleh logo kat stereng kereta. Ramai yang nampak 'masyuk' kat lobi ofis, tapi sebenarnya 'nazak' nak bayar installment hujung bulan.
Hari ni kita sembang pasal mentaliti orang Malaysia dengan kereta. Kenapa kita lebih takut nampak miskin berbanding betul-betul miskin? Kami kongsikan kenapa 'Wealth' (apa yang orang tak nampak) jauh lebih penting dari 'Riches' (apa yang orang nampak).
3 weeks ago | [YT] | 64
View 4 replies
Load more