Daily Vlog Channel.

Saluran YouTube ini dedikasikan untuk rutin harian dan format log jurnal video. Subjek cerita merangkumi semua aspek hidup - profesion dan peribadi. Selamat menonton!

🔴 MOHON SUBSCRIBE & SHARE SEKARANG.



Faizal Mukhtar

There will always be that certain someone that'll spark something out of nothing.

And I'm referring to those people that have been missing the point, taking things out of context, making a unnecessary fuss, the ill informed and disdained regressor.

Critisizing is never wrong.
Commenting is always allowed.
Disapprove or question anything, all you want. But never shoot aimlessly.

Especially without full round ammunitions.

I mean seriously, kau nak attack Pesta Buku dengan Gen A.I poster? You should time travel with me more and see the future with eyes wide open la, dik..

15 hours ago | [YT] | 0

Faizal Mukhtar

Tahun ini merupakan ulangtahun Subang Jaya ke-50. Tempat yang sudah sekian lama melihat saya membesar daripada zaman kanak-kanak ke alam kedewasaan. Kini menjadi 'kampung halaman' untuk ramai warganya. And this is true for the most parts as I can assure you that there ain't no other place like here. Before Joe Flizzow, before Subang Parade. Before USJ. Before traffic jams and highways and LRTs and whatever whomever the world claimed us to be. Semoga terus hidup selamanya!

Happy Birthday SJ 🎉✨

1 day ago | [YT] | 0

Faizal Mukhtar

Masuk tiga hari berpuasa rasanya ramai sudah bertemu momentum. Senang bangkit sahur. Berbuka on time. Tahu juadah apa nak masak atau beli di Param.

Tetapi bab moreh lepas Tarawikh ni selalunya random rawak sikit bagi kebanyakan serta di antara kita. Ada yang kombokan sekali sahur/moreh. Ada yang tak Tarawikh moreh yang lebih. Macam-macam pattern dan algorithm. Mungkin juga ini tidak perlu tiga hari atau tiga puluh hari kerana ia lebih ke arah sifat dan sikap berbentuk perangai.

Wallahualam.

2 days ago | [YT] | 0

Faizal Mukhtar

Seorang sahabat bernama Sara bertanyakan tentang siapakah rujukan saya dalam komedi dan humor.

Bear in mind that Sara is a designer that I've been working closely for the past years and almost have all the common interest yang saya ada: Filem. Dunia filem. Seni Filem. Maka itu, it is only natural that she inquires such a question. So I did answer as I am always prepared with my Top 3:

3. Will Ferrell
2. Jack Black
1. Jim Carrey

Jelas ini hanyalah rujukan dalam kategori Hollywood. Jika kategori lain mungkin saya akan menyebut nama hero dan idola yang lainnya seperti Stephen Chow Sing Chi, Ricky Gervais dan Jep Sepahtu. Everybody comes in package with their own style and brand of comedy.

Your punchlines, improvs, satires, sketch, slapsticks, et cetera must be in good shape and greater form to be in my list. Maybe one day I should list my Top 10 or Top 100 just for the sake of it now that I am jokingly serious about my serious jokes.

Bagaimana pula dengan anda?

3 days ago | [YT] | 1

Faizal Mukhtar

Salam Ramadan kepada moderator dan krew produksi The Benda Boleh Bincang Showâ„¢ Live Podcast.

Selamat Menjalani Ibadah Puasa Semuanya di sini. Moga beroleh rahmat, keberkatan dan pahala amalan berpanjangan ✨🌙

4 days ago | [YT] | 0

Faizal Mukhtar

Intimidasi (intimidation) ditakrifkan sebagai perbuatan memeras lalu membuatkan seseorang itu berasa takut, tertekan atau mungkin juga hilang keyakinan supaya sesuatu niat atau kehendak kita dituruti atau juga berhenti melakukan perkara tertentu.

Ia lazimnya melibatkan unsur berbentuk ancaman. Sama ada secara jelas atau terselindung/tersirat yang digunakan untuk mempengaruhi emosi dan keputusan seseorang.

Intimidasi tidak semestinya melibatkan keganasan fizikal.

Ia boleh berlaku melalui kata-kata yang keras atau halus, bahasa badan yang agresif atau halus, pendekatan psikologi atau suasana yang sengaja diwujudkan untuk menakutkan seseorang.

Tujuannya tetap sama: Membuat individu berasa lemah atau takut supaya mudah dikawal.

Semalam saya telah terintimidasi dengan kata-kata seorang individu yang mempengaruhi diri bermain pickleball dengan hampir kesemua teknik dan taktik di atas. Setakat ini diri semakin hilang kawalan ke tahap yang agak kritikal juga kerana sudah hampir-hampir goyah dan goyang.

Bak kata Acong Sweet Child, "Yang terlarang itu sesungguhnya adalah godaan!"

1 week ago | [YT] | 0

Faizal Mukhtar

Konsert Sembilu The Reunion baru-baru ini yang menampilkan tiga trio ikonik dan simbol idola era-90an sebenarnya secara senyap-senyap telah membuatkan saya terasa agak menyesal kerana tidak hadirkan diri ke Axiata Arena.

Awie.
Erra Fazira.
Ziana Zain.

Gandingan ini menerusi filem Sembilu (1994) dan Sembilu 2 (1995) ibarat satu institusi zaman keremajaan yang nyata benar meninggalkan kesan mendalam.

Setiap babak, setiap dialog, setiap soundtrack lagu boleh dikatakan cerminan kepada gejolak perasaan pemuda pemudi bila mana mula belajar bercinta (konon). Sudahlah filem ini hadir tepat waktu. Pandai pula ia bermain-main dengan emosi walaupun skrip semacam ditulis oleh panel lembaga peperiksaan kertas bahasa melayu atau pegawai DBP.

Tapi lantaklah.

Kalau macam ada lagilah peluang, saya akan pergi.

Saya tidak mahu menyesal lagi menelusuri dan menaiki mesin merentas masa bersama mereka sambil berlatarbelakangkan 'Di Ambang Wati' dan 'Ukiran Jiwa'!

1 week ago | [YT] | 0

Faizal Mukhtar

Ucapan terima kasih and thank you in advance kepada para penyumbang dan pendana podcast terawal serta mendatang.

The Benda Boleh Bincang Showâ„¢ will gradually upgrade semua content sedia ada kepada level yang diharap lebih memuaskan dalam membina konten kandungan semasa.

Dana diterima bakal disalurkan kepada:

FASA 1
1. Serahan token atau baucar bayaran kepada krew sokongan
2. Tambahbaik produksi dengan pembelian berkala aset audio visual (AV)
3. Cadangan hadiah-hadiah untuk segmen peraduan

Sebagai bonus imbuhan, para pendana/penyumbang akan menerima kenyataan tajaan (credit mention) setiap kali saya bersiaran langsung daripada saya sebagai tanda pencapaian dan bukti ketelusan.

Saya dahulukan dengan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih. Semoga inisiatif ini bakal bertemukan hasil 100%

* Imbas QR untuk salurkan dana sumbangan anda 💳

2 weeks ago | [YT] | 0

Faizal Mukhtar

1. Sejak 2021 kala dunia dianda pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), program podcast berformat siaran langsung telah mula diterbitkan menerusi saluran aplikasi Clubhouse dengan nama THE BENDA BOLEH BINCANG SHOWâ„¢

2. Tujuannya adalah untuk menawarkan platform terbuka kepada netizen bersama berkongsi cerita, pengalaman, mediasi sosial dan sesi soal jawab terbuka denga dengan dedikasi segmen tertentu dalam suasana santai. Ia menerima sambutan menggalakkan dan resepsi positif.

3. Antara segmen harian tersebut adalah NOTA NETIZEN, SINEMA SANA SINI, TANYA BRADER CHENTA, JOM USRAH, GUEST OF THE WEEK (GOTW), BEDAH LAGU, OPEN MIC KARAOKE dan sebagainya.

4. Demikian setelah pandemik rasmi diisytiharkan berakhir, saya telah berkeputusan jeda seketika sambil berusaha secara senyap dan strategik untuk meneruskan THE BENDA BOLEH BINCANG SHOWâ„¢

5. Akhirnya pada tahun ini, THE BENDA BOLEH BINCANG SHOWâ„¢ bersiaran kembali menerusi saluran TikTk Live milik moderator. Namun begitu usaha untuk menerbitkannya memerlukan ehsan bantuan anda. Walaupun semuanya sudah sedia dengan inisiatif token/gift, program ini tetap perlukan suntikan dana umum (crowdfunding).

6. Dana untuk moderator. Dana untuk panelis. Dana untuk upah dan urusan undangan khas. Dana untuk perkara-perkara berkaitan dan berkenaan.

7. Maka itu, saya membuka ruang dan peluang buat sesiapa sahaja yang sudi menyumbang kepada program podcast di atas dengan seikhlas hati. Hanya sekadar dan sedaya mampu supaya ia dapat direalisasi. Tiada jumlah minimum. Tiada kadar maksimum. InsyaAllah bajet yang masuk akan diuruskan berhemah dan sebaiknya oleh kami.

8. Sebagai bonus imbuhan, para pendana/penyumbang akan menerima kenyataan tajaan (credit mention) setiap kali saya bersiaran langsung daripada saya sebagai tanda pencapaian dan bukti ketelusan.

Saya dahulukan dengan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.

Semoga inisiatif ini bertemukan hasil 100%

*Imbas QR untuk salurkan dana sumbangan anda 💳

#FAIZALMUKHTAR #DANA #PODCASTPROGRAM #TIKTOKLIVE #THEBENDABOLEHBINCANGSHOW

2 weeks ago | [YT] | 0

Faizal Mukhtar

Sastera kanak-kanak sering disalah anggap sebagai aliran genre ringan, selamat dan hanyalah bersifat mendidik secara langsung.

Namun demikian, Dr. Seuss dan Roald Dahl telah membuktikan sebaliknya.

Menerusi kreativiti, fantasi serta inovasi idea world building unik, kedua-dua pengarang prolifik ini menyampaikan sesuatu yang jauh lebih jujur tentang refleksi kehidupan, kuasa dan keberanian berfikir di luar kotak.

Dr. Seuss atau nama sebenarnya Theodor Seuss Geisel membina dunia ciptaannya dengan bahasa bergaya. Rima yang berulang, struktur ayat ringkas dan kata rekaan sendiri tetapi tetap strategik. Di sebalik visual ceria menyeronokkan, terselit refleksi tentang empati dan tanggungjawab. Cerita-cerita tulisan Dr. Seuss seperti Grinch, Lorax, Horton dan Cat in the Hat mengajar pembaca kecil dan dewasa bahawa berfikir secara berbeza bukanlah sejenis kesalahan.

Manakala Roald Dahl pula memilih laluan yang sedikit 'dark' dan beremosi. Watak kanak-kanak karyanya sering hidup dalam ketidakadilan. Dibuli, dibiarkan, diabaikan dan dipandang rendah oleh golongan dewasa. Dalam dunia Matilda, Mr. Fox, BFG dan Willy Wonka, hanya kecerdikan dan imaginasi sahajalah senjata paling ampuh untuk melawan autoriti yang sama sekali tidak adil.

Menariknya, kedua-dua penulis ini langsung tidak pernah merendahkan keupayaan emosi dan kekuatan kreativi kanak-kanak. Fantasi digunakan sebagai cerminan kepada realiti. Tentang baik dan buruk, kuasa dan penentangan, harapan dan pilihan.

Dr. Seuss mengajar kita berfikir tentang dunia masakini.
Roald Dahl mengajar cara terus bertahan di dalamnya.

Di titik inilah kedua-duanya bertemu. Cerita kanak-kanak luar biasa hebat bukan tentang usia pembaca. Tetapi keberanian penulis untuk berlaku jujur.

2 weeks ago | [YT] | 0