Dua Novel Fiksyen. Dua Wajah Kuasa. Satu Realiti Yang Ramai Tak Mahu Akui.
1. Tangan Ghaib: Pengkhianatan Tidak Selalu Di Depan Mata
Kuasa tidak pernah benar-benar diberi. Ia dipilih secara senyap.
Dalam organisasi kepimpinan di peringkat sekolah, kita sering diajar bahawa pemimpin dipilih berdasarkan keupayaan, sahsiah dan nilai yang terpuji. Tapi bagaimana jika semua itu hanya ilusi?
Dalam Tangan Ghaib, murid-murid dinaikkan bukan kerana kelayakan, tetapi kerana populariti dan rupa. Segala keputusan ditentukan secara tersirat oleh guru penasihat bukan melalui mesyuarat rasmi, tetapi melalui keputusan yang sudah ditentukan lebih awal di luar pengetahuan umum.
Bagi yang ‘terlalu jujur’, ‘kurang menawan’ atau tidak tunduk mengangguk sahaja, mereka akan dipadam awal-awal dari senarai. Apa yang tinggal hanyalah pelajar yang sanggup diam, tunduk dan mengikut acuan walaupun jiwa mereka tidak layak memimpin sesiapa pun.
Satu tangan yang tidak kelihatan. Tapi mencengkam kuat dari awal hingga akhir.
2. Kudeta BADAR : Merampas Kuasa Demi Perjuangan Yang Mulia
“Dia bukan dijatuhkan oleh musuh. Tapi oleh orang yang berdiri di saf sebelah.”
Presiden BADAR itu lemah. Keputusan ditangguh. Tindakan hanya diambil bila disokong guru. Suara tazkirahnya lembik dan kata-katanya sentiasa berpaut hanya pada restu warden.
Dan di belakangnya, berdiri seorang timbalan yang lebih berilmu, lebih lantang, lebih berani dan lebih bersedia untuk berbeza dengan sesiapa sahaja. Seorang yang melihat agama bukan sekadar pendekatan yang lembut dan perlu berpaut pada guru, tetapi prinsip yang perlu ditegakkan walaupun tidak disukai orang. Seorang yang tahu… kebenaran tak akan ditegakkan oleh mereka yang takut pada manusia.
Maka bermulalah kudeta yang tenang tetapi berdarah dingin. Dalam saf yang kelihatan tersusun, berlaku satu pemisahan yang tidak dapat dibetulkan.
Kudeta BADAR ialah kisah perebutan kuasa dalam organisasi rohani di peringkat sekolah tentang siapa yang patut memimpin, siapa yang dipilih kerana mudah untuk dikawal dan siapa yang sanggup mengubah struktur demi prinsip.
Dua Perspektif. Satu Tema. Kebenaran Yang Menyakitkan.
Akan datang. Silakan baca dengan percuma selepas disiapkan.
Irfaan Yusuf

Ejen Takaful dan Pelajar UniSIRAJ
6 months ago | [YT] | 1
View 0 replies