TENDONG

Innalillah wa inna ilai rajiun. Alfatehah Alfatehah Alfatehah Alfatehah Alfatehah Alfatehah Alfatehah Alfatehah. Dengan Sedih Dapat Khabar Berita Syura Malaysia Kita Dr Nasoha Baru Meninggal Pagi Tadi Jam 7.25 pagi Di No 59A Taman Desa Minang, Gombak.

Semuga ALLAH TERIMA SEGALA PENGORBANAN BELIAU. ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

Satu Lagi Syura Malaysia Orang Lama Kita Meninggal.

4 years ago | [YT] | 6

TENDONG

ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡ุŒ

Renungan Subuh Khamis 1 Rejab 1443H / 3 Feb 2022M .

ุนู† ุนู‚ุจุฉ ุจู† ุนุจุฏ ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ ุฃู† ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ู‚ุงู„ุŒ ู„ูˆ ุฃู† ุฑุฌู„ุง ูŠุฎุฑ ุนู„ู‰ ูˆุฌู‡ู‡ ู…ู† ูŠูˆู… ูˆู„ุฏ ุฅู„ู‰ ูŠูˆู… ูŠู…ูˆุช ููŠ ู…ุฑุถุงุฉ ุงู„ู„ู‡ ุนุฒ ูˆุฌู„ ู„ุญู‚ุฑู‡ ูŠูˆู… ุงู„ู‚ูŠุงู…ุฉ .

ุฑูˆุงู‡ ุฃุญู…ุฏ .

Saidina Utbah bin Abd RA meriwayatkan sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, " Kalaulah seseorang itu bersujud untuk mencari keredhaan ALLAH SWT dari hari dia dilahirkan sehingga mati masih lagi dia merasakan amalannya itu tidak mencukupi pada hari kiamat kelak."

Riwayat Ahmad.

4 years ago | [YT] | 6

TENDONG

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia supaya semua pihak yang terbabit dalam kes saman berhubung penarikan balik semakan semula keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di Hague, Belanda berkaitan tuntutan Pulau Batu Puteh, tidak mendedahkan dokumen dan material kepada pihak luar.

Peguam Kanan Persekutuan, Ahmad Hanir Hambaly yang mewakili Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia selaku defendan, ketika dihubungi media berkata, Hakim Datuk Rozana Ali Yusoff membenarkan perintah perlindungan yang dimohon pihaknya melalui prosiding secara dalam talian.

Dalam permohonan itu, Kerajaan dan Perdana Menteri memohon supaya material dan dokumen yang dikemuka sebagai eksibit dalam sebarang permohonan interlokutori dan perbicaraan saman itu hanya boleh didedahkan kepada pihak dalam saman berkenaan, termasuk peguam masing-masing, saksi dalam perbicaraan dan pihak yang difikirkan oleh mahkamah.

Mereka juga memohon supaya pihak yang diberi akses kepada material dan dokumen supaya pada setiap masa menjaga kerahsiaan semua dokumen sulit berkenaan, termasuklah tidak mendedahkan kepada mana-mana pihak selain daripada mereka yang dibenarkan mahkamah.

Selain itu, salinan bercetak dokumen dalam kes saman berkenaan (sekiranya perlu) diperintah, hendaklah disimpan dengan selamat oleh hakim yang mendengar kes saman terbabit.

Turut dimohon, satu perintah untuk memastikan dokumen sulit tidak dikategorikan sebagai umum dan tidak boleh dibuka untuk pemeriksaan atau apa-apa salinan, dalam apa jua bentuk termasuk pemeriksaan dalam talian secara e-filing.

Kerajaan memberikan alasan tindakan saman itu isu sensitif kerana bukan saja membabitkan martabat kerajaan tetapi juga membabitkan hubungan diplomatik dengan kerajaan Singapura.

Selain itu, dokumen dan maklumat yang akan didedahkan dalam kes saman berkenaan berstatus dokumen berperingkat dan ada yang bertaraf rahsia besar mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972.

Menurut kerajaan, dokumen dan maklumat yang akan didedahkan dalam saman itu perlu dilindungi bagi mengelakkan perselisihan faham dan demi menjaga hubungan baik dua hala, di antara kerajaan Malaysia dan Singapura.

Mahkamah kemudian menetapkan 1 Mac ini untuk pengurusan kes.

Dalam kes saman itu, seorang individu Mohd Hatta Sanuri memfailkan tuntutan di Mahkamah Tinggi pada 28 Mei tahun lalu, dengan menamakan Perdana Menteri (tidak dinyatakan secara khusus) dan kerajaan Malaysia masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua.

Dalam writ saman dan pernyataan tuntutan itu, Hatta, 45, berkata dia bertindak untuk diri sendiri dan 32 juta rakyat Malaysia yang menerima akibat daripada tindakan sebelah pihak kerajaan, menarik balik semakan ICJ tanpa membentangkan dan membincangkannya di Parlimen.

Plaintif berkata, kerajaan sehingga kini belum memberikan penjelasan penarikan balik permohonan semakan, berdasarkan bukti baharu yang menyokong Malaysia dalam usaha menuntut kedaulatan negara ke atas Pulau Batu Puteh.

Beliau berkata, mereka berhak mendapatkan penjelasan mengenai keputusan penarikan yang dibuat secara sebelah pihak dan senyap-senyap, tanpa perbahasan atau perbincangan umum dengan semua sebelum keputusan dibuat.

Pada 23 Mei 2008, ICJ memutuskan Singapura mempunyai hak terhadap Pulau Batu Puteh, manakala Batuan Tengah yang terletak tidak sampai satu kilometer dari pulau itu milik Malaysia, selain memutuskan hak milik Tubir Selatan, kira-kira empat kilometer dari Pulau Batu Puteh, akan ditentukan mengikut persempadanan perairan negara yang menguasainya.

4 years ago | [YT] | 9

TENDONG

Syukur Alhamdulillah
Asbab Susu C2JOY
Dulu kerusi roda dipakai masa STROK
Setelah minum Susu C2JOY sebulan lebih
Sembuh STROK
Kini susu pulak naik kerusi roda ๐Ÿ˜

www.wasap.my/601169922925/nakinfoc2joy ๐Ÿ˜ Platinum DealerC2joy

4 years ago | [YT] | 1

TENDONG

Jangan ambil mudah,kena ambil tahu.. Rataยฒ yg mudah terkena virus penyakit adalah yg lemah atau kurang daya ketahanan badan. Apatah lagi sistem immunisasi yg tidak normal atau kurang stabil dan juga tinggi risiko kpd mereka yg mempunyai penyakitยฒ kritikal yg blh membawa kemudaratan dan kematian. Dlm keadaan norma baru skrg yg lebih fokus kpd kesยฒ C-19, tentu sekali akan memberikan kesan dan pendedahan mudah diserangi C-19. Penawar masih lg belum diperolehi walaupun telah diketemukan vaksin. Kes positif dan kematian meningkat.Apakah kita hanya perlu berdiam diri dan menyerahkan diri kpd takdir semataยฒ tanpa ikhtiar dan usaha ke arah kebaikan kesihatan?โ“
C2Joy adalah susu kolostrum yg mampu membantu utk Membersih Memulih Merawat pelbagai penyakit serta terus Melindungi dari serangan virus seterusnya.
Anda sihat anda bahagia anda sakit anda derita. Tamatkan penderitaan dgn bijaksana. Anda bertindak,anda yg untung, lambat bertindak,anda yg rugi.Penawar dah ada...

4 years ago | [YT] | 2

TENDONG

PUTRAJAYA: Enam daripada 11 kluster baharu yang dilaporkan hari ini, dikesan di beberapa daerah di Kelantan dan sudah menjangkiti 49 individu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata empat daripada kluster yang dikesan di negeri itu membabitkan dalam kalangan komuniti, manakala masing-masing satu kluster tempat kerja dan kumpulan berisiko tinggi.

Memperincikan mengenai kluster dalam kalangan komuniti, Dr Noor Hisham berkata, ia dikenali sebagai Kluster Kampung Kedondong Hilir (Pasir Mas) yang menjangkiti enam individu dan Kluster Kampung Sokor (Kota Bharu) juga menjangkiti enam individu.

"Selain itu Kluster Kampung Blah (Kota Bharu dan Tumpat) menjangkiti 15 individu serta Kluster Kampung Hutan Melor (Pasir Puteh dan Kota Bharu) menjangkiti tujuh individu.

"Kluster kumpulan berisiko tinggi dikenali sebagai Kluster Gual Tinggi (Pasir Mas dan Kota Bharu) menjangkiti tujuh individu dan kluster di tempat kerja pula adalah Kluster Dataran Air Muleh (Pasir Mas, Tumpat, Machang dan Kota Bharu) menjangkiti lapan individu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, semua 11 kluster baharu yang dikesan hari ini sudah menjangkiti 144 individu.

Selain Kelantan, Dr Noor Hisham berkata, dua negeri lain turut merekodkan pertambahan kluster iaitu di Selangor (Kluster Industri Dua Batu 29 Jalan Ipoh) yang menjangkiti 23 individu.

"Tiga kluster lagi membabitkan tempat kerja di Johor yang dikenali sebagai Kluster Tapak Bina Jalan Pendas, Kluster Industri Batu Empat Kempas dan Kluster Seri Paya yang kesemuanya sudah menjangkiti 52 individu manakala satu kluster di Negeri Sembilan iaitu Kluster Langkap 2, menjangkiti 20 individu," katanya.

4 years ago | [YT] | 1

TENDONG

SEGAMAT: Pengguna media sosial `kecoh' dengan sebuah video tular, yang memaparkan lori lama ketika perang zaman Jepun bergerak sendiri tanpa pemandu.

Video yang berdurasi kira-kira 45 saat itu dikatakan asalnya dimuat naik oleh seorang pengguna, enam bulan lalu.

Kini, video kejadian itu yang dikatakan berlaku di ladang kelapa sawit simpang kiri Sime Darby Chaah, Segamat, kembali tular di pelbagai platform media sosial seperti Whatsapp, Tiktok serta Youtube.

Kejadian dilihat berlaku pada siang hari dan lori itu bergerak sejauh lebih kurang 20 meter tanpa pemandu.

Tiada penjelasan lagi dibuat oleh mana-mana pihak berhubung perkara itu dan ia mengundang pelbagai andaian dalam kalangan media sosial.

"Tentera Jepun mana ada lori macam itu,"

"Hantu manalah usik orang siang-siang hari. Sah-sah kantoi dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Buat malu tentera Nippon buat kerja macam ini," ulas seorang pengguna Facebook.

Video itu tular melalui aplikasi Whatsapp, Tiktok serta Youtube.

Rata-rata pengguna media sosial berpendapat ia hanya satu 'content' atau pengisian yang sengaja dibuat pihak tertentu yang mahu mengaut keuntungan apabila ia tular.

Ada juga pengguna media sosial yang berasa hairan dan mengajak pengguna lain memerhatikan tayar lori itu yang tidak berputar seperti bergerak di awang-awangan.

Tidak kurang juga yang menzahirkan rasa seram dan meremang bulu roma apabila menonton video itu berulang kali walaupun ia berlaku di siang hari.

Terdapat juga pengguna media sosial yang tidak menafikan kewujudan entiti daripada alam ghaib.

Pengguna media soslal meminta pihak yang bertanggungjawab tampil membuat pengakuan dan menjelaskan mengenai video itu.

4 years ago | [YT] | 2

TENDONG

KUALA LUMPUR: Pencapaian penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri yang menamatkan saingan tiga meter papan anjal individu pada kejohanan Olimpik Tokyo 2020 di kedudukan keempat satu pencapaian membanggakan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata aksi dan tentangan yang dipamerkan beliau dalam final petang tadi adalah amat mengagumkan.

"Syabas Nur Dhabitah!. Jangan sedih. Perjalanan anda masih jauh. Masih banyak kejayaan yang boleh dilakar, termasuk pada edisi Sukan Olimpik akan datang.

"Layak ke final dan berada di tempat keempat daripada 12 peserta dalam temasya sukan tersohor, Sukan Olimpik Tokyo 2020 juga adalah satu kejayaan yang perlu anda banggakan," katanya dalam satu kenyataan di Facebook beliau malam ini.

Biarpun tanpa pingat, Muhyiddin berkata, kelibat dan aksi anak muda berusia 22 tahun itu nyata menghiburkan bersama semangat yang tidak mudah mengalah.

Dalam saingan akhir acara itu petang tadi, Dhabitah hampir berjaya untuk menaiki podium dalam acara tiga meter papan anjal individu pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Pusat Akuatik Tokyo.

Terjunan terakhir daripada penerjun China, Shi Tingmao menyaksikan Dhabitah terlepas peluang untuk memenangi pingat gangsa apabila jatuh di tempat keempat keseluruhan daripada 12 peserta.

Begitupun, Dhabitah, 22, seharusnya berbangga dengan prestasinya yang berjaya mengutip 326.15 mata untuk memberi tentangan sengit sepanjang lima pusingan.

4 years ago | [YT] | 2

TENDONG

ALOR SETAR: Pandemik COVID-19 yang melanda negara, mendorong seorang pemuda untuk menerima tawaran pekerjaan sebagai penggali kubur bawah Kementerian Kesihatan (KKM).

Mohd Muzammil Yaakob, 21, nekad dengan keputusan itu demi membantu mengurus dan mengebumikan jenazah pesakit COVID-19 yang semakin meningkat.

Beliau yang berasal dari Jalan Langgar, di sini, berkata pekerjaan itu telah menjadikan dirinya lebih menghargai kehidupan dan sentiasa bersyukur dengan rezeki diperoleh.

"Sebelum ini, saya menternak kambing bagi menampung hidup tetapi ia hanya cukup-cukup makan saja.

"Oktober lalu, saya mendapat tawaran menjadi penggali kubur bawah KKM untuk membantu mengurus dan mengebumikan jenazah pesakit COVID-19.

"Pada mulanya, saya berfikir panjang kerana risiko yang terpaksa ditanggung. Namun sebagai orang Islam, saya percaya asbab kematian boleh berlaku di mana saja. Justeru, saya menerima tawaran itu," katanya ketika ditemui.

Mohd Muzammil kemudian mengajak Fazli Othman, 26, bekerjasama melakukan tugasan berkenaan kerana rakannya itu memiliki jentera jengkaut.

Beliau berkata, mereka bekerja tanpa mengira siang atau malam bagi membantu proses mengorek dan menimbus liang lahad mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

"Kami perlu memakai peralatan perlindungan diri (PPE) sebagai mematuhi SOP pengebumian pesakit COVID-19. Memang terasa sangat panas sehingga adakala kepala pening," katanya yang juga anak bongsu daripada tiga beradik.

Turut bersimpati dengan nasib keluarga pesakit COVID-19, Muzammil berkata, adakala beliau membantu mengambil gambar atau video untuk tatapan waris yang tidak dapat menyaksikan proses pengebumian.

"Selepas semua kerja selesai, kami bersama jentera akan disembur cecair pembasmi kuman, manakala PPE pula dimasukkan ke dalam plastik khas untuk dilupuskan petugas KKM.

"Apabila pulang, kami akan mandi di luar rumah terlebih dulu sebelum masuk bagi mengelakkan risiko pada ahli keluarga.

"Alhamdulillah setakat ini, kami berdua masih terpelihara daripada jangkitan COVID-19," katanya.

4 years ago | [YT] | 3